Doa Selepas Solat: Bacaan Penuh Rumi, Arab & Maksud (Wirid Lengkap)
Maklumat Ringkas
- Jenis
- Wirid & doa selepas solat fardhu
- Mula dengan
- Istighfar 3 kali
- Termasuk
- Tasbih, Tahmid, Takbir, Ayat Kursi
- Waktu
- Selepas setiap solat fardhu
Selepas menunaikan solat fardhu, umat Islam digalakkan membaca wirid dan doa sebelum bangkit dari tempat solat. Amalan ini menyempurnakan ibadah dan dituntut dalam sunnah Rasulullah SAW. Halaman ini kumpulkan bacaan penuh dalam tulisan Arab, Rumi dan maksud supaya mudah diikuti.
1. Istighfar
Mulakan dengan beristighfar sebanyak tiga kali.
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ
Astaghfirullahal ‘azim. Maksudnya, aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung.
2. Doa Keselamatan
اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Allahumma antas salam, waminkas salam, tabarakta ya zal jalali wal ikram. Maksudnya, ya Allah, Engkau pemberi keselamatan, dan daripada-Mu keselamatan. Maha Berkat Engkau wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan.
3. Tasbih, Tahmid dan Takbir
Bacaan ini dibaca masing-masing 33 kali.
- سُبْحَانَ اللهِ, Subhanallah (33 kali)
- اَلْحَمْدُ لِلَّهِ, Alhamdulillah (33 kali)
- اللهُ أَكْبَرُ, Allahu Akbar (33 kali)
Kemudian digenapkan menjadi seratus dengan kalimah tahlil, La ilaha illallah.
4. Ayat Kursi
Membaca Ayat Kursi selepas solat fardhu adalah antara amalan yang sangat besar fadhilatnya, antaranya menjadi sebab masuk syurga.
Selepas itu, teruskan dengan doa untuk diri, keluarga dan kaum muslimin mengikut hajat masing-masing.